Thursday, October 15, 2009

...::Tak Faham atau Tak Mahu::..

Menulis bkn kerana suka2...menulis kerana diri sering kali terasa kekosongan...sering terasa melakukan dosa2...sebenarnya sudah lama terfikirkan tajuk ni...kdg2 bila duduk berehat pasti akan ada sahaja bnda2 yg akan difikirkan..bila keluar sahaja dr kawasan rumah diri ni akan melalui pelbagai "pemandangan2" yg akan dilihat...nak kata dok di oversea rasanya tak lg..org2 islam dah mcm takde bezanya dgn org2 "yg blom islam"...nak kata hgpa taktau rasanya mustahil tak tahu...harapkan bdk2 sklh agama...kadang2 diorg sendiri pon lingkup skali..terpengaruh ngan dunia...harap2 diri ni leh tros dlm jalan2 yg sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH...


Sunday, October 4, 2009

...::Hari Raya Eidulfitri 2009::..

Assalamualaikum...
Raya kali ni semua ahli keluarga kami ada kat umah..t'masuk abg n kak long n asiah awatiff(cucu sulung Keluarga Abu Aiman)...tgkla pic yg mak su kami tgkp kt kg kami kt Lahar Minyak...

Wednesday, August 5, 2009

Apabila Dakwah Dipandang Pelik

D.A.K.W.A.H...sebut saja perkataan ini, mungkin ada yang akan terus membaca artikel ini dengan penuh minat dan keinsafan. Ada juga yang mungkin memandang dengan sebelah mata tajuk ini dan lebih tertarik membuka laman web lain yang lebih menghiburkan. Ada juga yang mungkin allergic dengan perkataan ini, disebabkan faktor-faktor pengalaman yang pernah mereka lalui. Dan tak ketinggalan juga mereka yang tidak tahu, tidak kisah dan tak mahu tahu langsung mengenai dakwah. Perkataan ini bukan satu vocabulary dalam kamus hidup mereka. Setuju, setuju, 100% setuju. Dakwah merupakan topik yang berat, memboringkan dan terlalu banyak masalah yang perlu kita fikirkan apabila berdepan dengan tajuk ini. Kerja berat seperti seorang buruh sememangnya memenatkan. Memerah tenaga dan keringat, peluh yang membasahi badan dan apa-apa saja yang menggambarkan kesusahan dan kerja berat pasti sesuatu yang tak dapat dielakkan dengan pekerjaan seorang buruh. Namun, itu bukan alasan bagi seorang buruh dari berhenti bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Bukan tak mahu cari kerja lain, tapi jika semua orang fikir cari kerja lain maka tiadalah Menara Berkembar KLCC, tiadalah KLIA, tiadalah segala infrastruktur kebanggaan negara selama ini. Secanggih mana teknologi yang kita miliki, namum tenaga buruh merupakan elemen yang tidak dapat disishkan sektor pembinaan. Kemahiran tenaga buruh menjamin keutuhan sesebuah binaan. Jika tidak masakan Tembok Besar China yang telah berusia berpuluh abad mampu kekal sehingga hari ini. Inilah kubur terpanjang di dunia, di mana beribu-ribu buruh paksa telah terkorban sewaktu membinanya. Ada apa dengan Tembok Besar China, tanpa buruh yang membinanya. Begitulah juga dengan “dakwah” atau pun amar ma’ruf nahi munkar. Ia adalah tanggungjawab yang berat serta perlu dilaksanakan bukan hanya kerana kefardhuan dari Allah malah ianya adalah keperluan asasi hidup bermasyarakat. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan sehebat mana keilmuan, teknologi mahupun ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat, kelangsungan nilai-nilai kemanusian masyarakat itu bergantung kepada sejauh mana amar ma’ruf nahi munkar mampu dibudayakan secara berakar umbi. Jelas sekali seperti yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah perumpamaan yang cukup menarik untuk diteliti:

Sebuah bahtera yang belayar di lautan luas, di mana penumpang di bahagian bawahnya amat memerlukan air. Maka berlakulah perbincangan di kalangan penumpang-penumpang di tingkat bawah:Penumpang #1: Aku tak kira. Bila aku dahaga aku mesti dapatkan air untuk diminum. Orang di tingkat atas memang tak pernah fikirkan keadaan kita di bawah ni.Penumpang #2: Apa yang kecoh-kecoh ni. Kenapa tidak kau mintak saja dari penumpang di bahagian atas untuk dapatkan air untuk kamu.Penumpang #1: Aaahh. Mereka bukannya kisah tentang keadaan kita. Takkan dilayannya permintaan kita ni. Lebih baik aku tebuk saja lubang pada badan kapal ni untuk dapatkan airPenumpang #2: Ikut suka hati kau lah, yang penting kau tak kecoh-kecoh buat bising lagi. Jangan sampai mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain di tingkat bawah ni.Apabila Penumpang 1 nekad menebuk lubang, maka karamlah bahtera tersebut. Tenggelamlah kesemua penumpangnya tanpa mengira mereka sama ada penumpang di bahagian atas atau bawah.

Itulah yang berlaku sekiranya amar ma’ruf nahi munkar dilupakan. Secara umumnya, di dalam mana-mana struktur masyarakat, pasti ada 3 golongan:

1. Solihun (Golongan di tingkat atas bahtera / mereka yang mengemudi kapal): Inilah golongan orang-orang soleh yang terpelihara dari unsur kemaksiatan.
2. Sakitun (Penumpang #2): Golongan orang yang “bisu”. Kelompok masyarakat yang hidup nafsi nafsi. Hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri.
3. Ashabul Munkar (Penumpang #1): Mereka ini adalah pembawa unsur negatif dalam masyarakat. Golongan yang sering melakukan kemaksiatan serta merosakkan akidah masyarakat. Walaupun hanya Ashabul Munkar sahaja yang melakukan kemaksiatan, kesan kerosakannya jelas dirasai oleh setiap ahli masyarakat, tanpa pengecualian. Solihun dan Sakitun tidak ubah seperti golongan baik yang dibinasakan.Firman Allah Ta'ala:وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً“Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal:25)Fitnah itu pasti akan menimpa ke atas mereka yang zalim iaitu orang yang telah melampaui batas-batas Allah. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.Inilah dia ‘qanun azab jama’i’ dalam sunnatullah. Ianya adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan memahaminya untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat.Jelaslah bahawa, Islam tidak berpada dengan kesolehan seseorang individu, sehinggalah ia melakukan pengislahan terhadap orang lain. Aslih nafsaka wad’u ghairaka (perbaikilah dirimu dan serulah kebaikan kepada orang lain).


Sumber: Blog ISMA Terengganu

Wednesday, May 6, 2009

..::Menarik!!!::..

Rahsia pemakanan genius Islam..

~> MADU Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

~> KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

~> SUSU SEGAR Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

~> TELUR Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

~> HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

~> LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

~> BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

~> DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.

~> OTAK DAN DAGING AYAM Otak ayam yang segar boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

~> DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

~> HATI Terutamanya hati ayam kampung (ayam besa kena suntik..xelok) dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

~> KEKACANG Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

~> ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.

~> KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

~> BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

~> LABU Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

~> MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
~> SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori. Buah kedekai (MANJALAWI) dapat menguatkan hafazan dan tenaga badan.aspek-aspek ini terkandung dalam AQ dan as-sunnah.. jadi, wajarlah kita mengamalkan segala perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.. "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara dan kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.."

1. Siapa anda (apa hakikat diri anda)?
Seorang hamba Allah..drpd berjuta2 benih, diri ni yg dipilih utk lahir ke dunia..yg terbentuk dr percantuman sperma dan ovum..
2. Dari mana anda datang?
Asalku dari Nabi Adam dan isterinya, Hawa yang diciptakan Allah.. segalanya dari Dia~

3. Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?
Sesuatu yg dlm pencarian..

4. Ke mana anda akan pergi?
Selepas ini ke alam barzakh sebelum ke mahsyar.. selepas itu segala amalku akan dihitung.. syurga ataupun neraka(nauzubillahiminzalik).. harap2 tergolong org yg msk ke syurga..

5- Apa tujuan hidup?
Mencari keredhaan ALLAH..

6- Dan apakah hakikat mati?
Mati adalah permulaan kehidupan yang sebenar-benarnya.. "Jangan kau hiraukan dunia kerana dunia itu merendahkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah.."~Pemikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjukkan kita jalan yang lurus~

Saturday, May 2, 2009

..::Aper Yer Tajuk Yg Sesuai::..

Assalamualaikum..
Hari tu citer pasal blog Alumni SMAI..kali ni nak promote skit blog abg n kak long yg tersayang..diorg skrg dok kat bumi Anbiya' Irbid, Jordan..bkn bercuti kat sana tp dok blajaq kat sana..dua2 kos Medic..karakter yg bleh ana bgtau abg ana seorg yg suka makan pedas2 n kak long ana suka makan cokelat...pelik ngakkan..manis n pedas..tp apa2 pon tetap sehati sejiwa..hehe...takperla.taktau nak ckp apa lg la..



Sunday, April 19, 2009

..::Seketika Semalam::..

Assalamualaikum...
tiada kalam yg lebih sesuai utk diucapkan selain drpd kalimah "ALHAMDULILLAH"..kita masih lg dikurniakan nikmat2 yg mgkin pada hari ini kita mendapatnya tetapi ada insan2 yg tidak dikurniakan...mgkin hari ini hari terakhir kita mendapat nikmat2 ini..jd sebagai hamba..kita perlu bersyukur atas segala nikmat2 yg telah dikurniakan...seperti hari2 lain..lps "terlihat" sesuatu yg agak "pelik"...bnda apa yg ana lihat kali ni?? smlm mcm biasa sambil2 dok buat keje ngan laptop kat depan tv..ana tgkla skit2 rancangan kat tv tu..smlm ade rancangan audition "MENTOR''...kat situ kita boleh tgk betapa jahilnya remaja masa kini..betapa mereka menyukai dunia hiburan..ana sempat tgk 2 org jer yg audition tu..diorg sanggup menangis2...menebalkan muka hanya semata2 nak ber"mentor"kan AJAI..betapa "kurang bijak"nya mereka..mereka sanggup memalukan diri dengan melakukan aksi2 tarian yg klau ana buat lps tu tak sanggup nak keluar rumah..seorg perempuan tu dengan ber"imej"kan seorg remaja islam..bertudung ttp seperti biasa tak mengikut syariat islam..dia sanggup menangis2 nak AJAI bg kat dia peluang kedua...isk2..mmg memalukan...agak2nya kemanakah hilangnya maruah mereka2 tu...adakah mereka mengorbankan maruah mereka hnya kerana ingin menjadi pujaan peminat...

Tuesday, April 14, 2009

..::Dunia Hari Ini::..

Assalamualaikum....

Pertama2 kalinya ana bersyukur sbb masih lg dikurniakan nikmat iman insyaALLAH..yg mana sesetengah org pada hari ini sudah hilang pd diri mereka...dan nikmat yg sering dilupakan oleh org ramai iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang...sebenarnya hari ni sjer jer takde keje nak posting kat blog ni..besala dok relaks2 slps letih keje wktu siang...hari ni nak promote skit satu blog sebuah alumni sekolah yg sebenarnya tkde kaitan ngan ana..nama "BUMI BARAKAH" tu ialah Sekolah Menengah Al-Islah..walaupun ana tak pernah sklh dkt situ tetapi bleh kata setiap tahun saya akan pergi kat sana...sbb ana slalu join aktiviti2 JIM yg slalu buat kat sana...kat bawah ni ana selitkan alamat blog alumni ni...



http://alumniassaff09.blogspot.com/